|
|
| Wednesday, 15-Aug-2007 01:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Team Excellence - Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik Pahang
|
 |
|
Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik Pahang
|
|
 |
|
Bergambar Kenangan Bersama Perserta Lain - 1st Batch
|
|
 |
|
Bergambar Kenangan Bersama Ahli Kumpulan "Brave Heart"
|
|
 |
|
OK tak?
|
|
 |
|
Selepas Makan Malam
|
|
 |
|
Semasa Makan Malam
|
|
 |
|
Persediaan Untuk Aktiviti Luar
|
|
 |
|
Kena Dengar Taklimat Dulu...
|
|
 |
|
Hish! Susah jugak ni...
|
| | View all 27 photos... |
|
3~5, August 2007 Team Excellence - Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik Pahang
Pada 3 hingga 5 Ogos 2007 yang lepas, Aku berpeluang menghadiri satu kursus yang di adakan di Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik. Janda Baik merupakan bandar kampung di Pahang, Malaysia. Terletak kira-kira 600 meter di atas paras laut sepanjang Banjaran Titiwangsa, Malaysia, Janda Baik hanya 40 minit dari Kuala Lumpur. Kebanyakan pelancong sering pergi ke Janda Baik kerana air terjun, sungainya dan untuk perkhemahan. Itu sedikit info kepada korang yang kurang familiar.
Selama 3 hari 2 malam ni, banyak pengisian & ilmu yang aku dapat. Objektif utama ialah nak terapkan Pernec PRISM values (Progressive, Respect, Innovative, Supportive & Moral). Antara lain yang dapat aku belajar adalah :-
a) Belajar untuk mengenal karektor orang
b) Kena bersangka baik sesama sendiri
c) Kena hormat menghormati sesama sendiri
dan banyak lagi...
Di samping itu, dapat juga beriadah (sebab dah lama x exercise) & penat jugak aku di buatnya.. Teringat zaman duduk kat asrama pun ada sebab kami semua (12 orang pompuan) di tempatkan dalam 1 chalet. Kecoh gak la esp. time nak mandi & ehemm2...
K, la kalau korang berkesempatan singgah la sini. Suggest kat management suruh buat training kat sini...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Jul-2007 16:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Muzium Padi Kedah
|
 |
|
Ini la Muzium Padi Kedah...
|
|
 |
|
Bergambar sebagai kenangan
|
|
 |
|
Pintu masuk ke Muzium Padi Kedah
|
|
 |
|
Antara permandangan dalam bentuk lukisan
|
|
 |
|
Lagi lukisan... Cantikkan?
|
|
 |
|
Nampak real!!!
|
| | View all 22 photos... |
|
27, Dec 2006 Muzium Padi Kedah
Pada musim cuti lepas, aku sekeluarga sempat berkunjung ke Muzium Padi Kedah. Memang tempat ni kebanyakan orang tak berapa biasa dengar, termasuk la aku. Setelah di perkenalkan oleh sedara sebelah husband, baru la aku tau tempat ni dah jadi salah satu tempat perlancongan di Kedah.
Muzium ni adalah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman dan penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia" dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat.
Kalau korang berkesempatan, singgah la di sini. Walau pun ia hanya lukisan tapi nampak real di depan mata. Tak rugi punyoooo....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jul-2007 16:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kenangan Yang Terindah...
|
 |
|
Castel Nuovo... Cantik kan?
|
|
 |
|
Koleksi gambar bangunan lama..
|
|
 |
|
Koleksi gambar bangunan lama..
|
| | View all 24 photos... |
|
17, May 2004 - Naples, Italy...
Kenangan terindah dalam hidupku bersama suami tercinta. Inilah kata2 yang dapat aku lafazkan. Pertama kalinya aku dapat menjejakkan kaki ke luar negara. Peluang paling bermakna kepada aku, kebetulan pula bulan ni adalah bulan kami menyambut ulang tahun yang ke-2.
Dengan kepercayaan syarikat telah menghantar aku untuk menghadiri sesi latihan selama seminggu di sana tidak aku sia-siakan. Aku berkesempatan membawa orang tersayang bersama memandangkan kos perbelanjaan hotel telah di tanggung oleh pihak syarikat. Bagi suamiku, dia hanya perlu menyediakan tambang flight pergi dan balik sahaja. Jadi, sempat la 'honeymoon'...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jul-2007 15:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mengimbas 30 Mac 2007...
|
 |
|
Ni kek yang sambut kat Nursery...
|
|
 |
|
Ni kek yang sambut kat Rumah...
|
|
 |
|
Ambil gambar ngan Mak Cik Ina, Pak Cik Im & Adik...
|
| | View all 10 photos... |
|
Hari ni genap umur Nureen Qistina 4 tahun. Masa ni ayah dia tak dapat nak sambut besday skali sebab banyak keje kat opis. So, terpaksa la sambut 2 kali (kat nursery & rumah). Kat nursery sambut ngan kawan2, Ibu, Mak Cik Ina, Pak Cik Im & Adik Faieeq Eidzlan. Bila ayah balik baru sambut kat rumah plak. So, ada 2 kek la kali ni...Walau pun sederhana, majlis ni berjalan seperti yang di rancang & Nureen Qistina seronok skali time tu... Di kesempatan ini, Ibu & ayah mengambil peluang ini untuk mengucapkan "Selamat Panjang Umur & Murah Rezeki". Semoga sentiasa beroleh kebahagiaan & kesejahteraan di dunia & akhirat. InsyaAllah...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 4-Jul-2007 02:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seronok nyer Mandi....
|
 |
|
Mmmm... best nyerrrr!!!!
|
|
 |
|
Boleh datang lagi ni...
|
|
 |
|
Kalau kat rumah cam ni kan best!!!!
|
| | View all 8 photos... |
|
Masa ni umur Nureen Qistina dah nak masuk 4 tahun (dah 'chubby' skit...). Masa ni kami bawak pegi mandi kat KLCC. Seronok betoi dia... Rasanya time2 ni sume budak2 suke ngan air. Tau2 je la kat KL ni mana la nak cari air terjun. Payah skit... Air terjun buatan ada ler...
Faieeq Eidzlan pun tumpang sekaki gak. Dalam tak sihat (ngan athma dia la..) dia pun suke gak ngan air. Tengok tu! siap ayah dia pegang. Nak je dia berendam tu kalau boleh. Bukan tak nak bg dia mandi time tu tapi takut sejuk je, bla sejuk faham2 je ler... Budak2 mana la dia tau dia sihat ke, sakit ke....Btul tak?
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 30-Jun-2007 18:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rumahku Syurgaku...
|
 |
|
Rumah kat UIA - In Progress
|
|
 |
|
Rumah kat UIA - In Progress
|
|
 |
|
Rumah kat UIA - In Progress
|
| | View all 11 photos... |
|
Aku kat KL ni, tinggal kat Keramat AU 3. Kat flat je yang kami mampu buat masa ni. Mana taknya, rumah dah lama siap (rumah 'kotak' kata husband aku) kat Kepala Batas tu tapi tak boleh duduk lak. Nak duduk cam na dah aku kat sini.... kuang..kuang..kuang...
Living cost kat sini tinggi btoi, kadang2 tu cukup2 je.. Rumah je dah dekat RM2,000++ sebulan. Letih jugak la. Sewa flat 2 bilik je kat KL ni pun dah RM500. Bayar rumah Kepala Batas tu dah RM530 & rumah yang satu lagi ni kat Sg Pusu, Gombak dekat ngan UIA tu dah RM1,000++.
Kat KL ni daripada sewa baik beli rumah, lama2 jadi jgk hak kita. Betul tak? Tapi itu ler, kena pandai2 budget...
Continue....
Pada 22 Julai 2007 lepas, Aku ngan husband sempat la p lawat kawasan rumah kami ni. Agak mengejutkan juga sebab rumah ni dah siap! Hanya tunggu nak dapat kunci je, katanya 15 Ogos ni dah boleh dapat kunci rumah. Harap-harap betul la...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Jun-2007 16:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Faieeq Eidzlan B Mohamad Nazam
|
 |
|
Faieeq Eidzlan B Mohamad Nazam
|
|
 |
|
Semasa umur 4 bulan
|
|
 |
|
Semasa umur 2 bulan
|
|
|
Ini kisahnya anak lelaki aku pulak. Dia di lahirkan di KL kat Pusat Perubatan Naluri Pusat Bandar Wangsa Maju Kuala Lumpur pada 22 Jan 2006 (10:58 am) dengan berat dia masa tu 2.55 kg. Dia ngan kakak dia lahir sama hari iaitu Hari Ahad. Kumpulan darah dia ni pula jenis AB Rh(D) Positive (sama ngan Ibu dia... Jangan tak tau!). Tapi anak lelaki aku ni maintenance tinggi btoi. Start aku mengandung sampai la ni, asyik tak sihat ja... Bayangkan umur dia 5 bulan dah kena athma. Sian kan... 3 kali masuk wad tu (last sekali bulan Jan lepas)… Lepas keluar wad, kena la stanby, guna puff yang doktor bagi (Ventolin & Inflamide). Kecik2 tembam btoi dia… Sekarang ni dah kurus skit. Tak macam kakak dia, dah semakin 'chubby'... Tapi alhamdulillah, nampaknya sekarang dah ada perubahan tapi aku la dah naik fobia plak. Mana taknya, bila anak mula batuk2 ja aku dah ajak husband pegi klinik nak check dia ni betul2 batuk atau athma dia datang balik.
Walau macam mana pun, aku selalu mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan buatnya supaya dia menjadi anak yang Soleh. Mana tau boleh jadi macam 'Abdullah Fahmi' ye Faieeq. InsyaAllah...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Jun-2007 15:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nureen Qistina Bt Mohamad Nazam
|
|
|
Anak pompuan aku ni di lahirkan di Kedah kat Wisma Pakar Perbidanan Sungai Petani pada 30 Mac 2003 (12:12 pm) dengan berat dia masa tu 2.7 kg. Kumpulan darah dia jenis A Rh(D) Positive. Boleh tahan jugak la anak pompuan aku ni, sama la dengan waktu dia keluar (tengah hari tu...). Tapi yang best nyer tarikh lahir dia 30-03-03, senang aku nak ingat. Walau macam mana pun, aku selalu mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan buatnya supaya dia menjadi anak yang Solehah. InsyaAllah...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Jun-2007 08:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Antara Orang-orang Yang Paling Bermakna Dalam Hidupku...
|
|
Ni la antara orang2 paling bermakna dalam hidup aku....
Anak Pompuan Aku – Nureen Qistina Bt Mohamad Nazam
Anak Lelaki Aku – Faieeq Eidzlan B Mohamad Nazam
Suami Aku ler... – Mohamad Nazam B Nawawi
Hehehe….
Dan tak ketinggalan Mak & Ayah Tercinta...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Jun-2007 08:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Permata Hati Ibu & Ayah...
|
 |
|
Faieeq Eidzlan & Nureen Qistina
|
|
 |
|
05-08-2007 Latest Picture Faieeq & Nureen...
|
|
 |
|
Nakal ye Faieeq!
|
|
|
Setiap Muslim dianjurkan untuk memberi nama anak-anaknya dengan nama yang baik, indah dan mengandungi makna yang mulia. Nama juga akan menunjukkan keperibadian seseorang.
Seorang Anak berhak memperoleh nama yang baik. Seperti kisahnya seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah saw dengan membawa anaknya, lalu dia bertanya :
"Ya, Rasulullah, apa hak anakku ini atasku ?..., Rasulullah menjawab, Membaguskan namanya, memperbaiki adabnya (sopan santun) dan menempatkannya pada kedudukan (posisi) yang baik (fizik dan spiritual)"
(H.R. Aththusi).
Al Imam Ibnu Qoyyim Aljauziyah berpendapat bahawa antara nama dengan sifat orangnya ada kaitan dalam makna dan hikmah. Setidaknya nama dapat memberi pengaruh iaitu dapat mengerakkan hati dan sifat optimisme (memberi harapan yang baik). Jadi, ibu dan ayah telah memilih nama Nureen Qistina & Faieeq Eidzlan.
Nureen Qistina
Nureen Cahaya
Qistina Keadilan
Faieeq Eidzlan
Faieeq Tertinggi, utama (Yang mengungguli)
Eidzlan Keadilan
Akhir sekali, kehadiran kalian menjadi pelengkap hidup buat ibu & ayah. Semoga hidup kalian sentiasa di lindungi & di rahmati Allah...
|
|
|
|